Cara Mengatasi 'Gemuk Air'

Tuesday, April 5, 2011

Cara Mengatasi 'Gemuk Air'


Nak diet memang kena minum banyak air putih


Topik kali ni macam mana nak atasi Gemuk Air. Post yang lepas cik su dah bagi tau beberapa jenis Gemuk kan.. Jadi kali ni kita akan tahu macam mana nak atasi pulak. Untuk pengetahuan korang, kadar sodium yang terlalu tinggi dalam tubuh, dehidrasi, ubat-ubatan dan pengaruh hormon boleh menyebabkan berat badan bertambah. Sebenarnya, menurut para ahli dari Mayo Clinic, “gemuk air” kebanyakan disebabkan kerana kekurangan minum air putih. Ingat minum air putih ikut berat badan, Setiap 25Kg badan mesti minum 1L air. Kalau tak badan tak cukup air..Okeh..

Untuk mengatasi gemuk air ini, ada beberapa cara yang boleh kita dilakukan sendiri. Tapi seeloknya dapatkan nasihat doktor dulu.. Ni cuma tips.. Cik Su belum lagi jadi doktor.. Nak buat cam ne.. Dulu bercita-cita nak jadi doktor tapi hajat tak kesampaian. Jadi penasihat korang je pun jadi lah.. hehehehe

Cara 1
Sila minum air putih dan elakkan air manis atau soda. Penting!!!  Dengan menggantikan air manis dengan air putih badan korang boleh elakkan dehidrasi kat badan korang yang menyebabkan penyebab water retention.

Cara 2
Berolahraga setiap hari. Aktiviti yang cergas seperti berjogging boleh meningkatkan degupan jantung korang dan membuat korang berpeluh. Bila aktiviti berolahraga dilakukan secara rutin, ia dapat membantu keseimbangan air dalam badan korang

Cara 3
Kurangkan garam dalam makanan yang korang makan. Sodium ( garam ) tu lah  penyebab utama air berlebihan dalam tubuh badan (water retention) taw. Itu tak baik punya.

Jaga pemakanan korang kalau tak nak jadi macam nie

Cara 4
Makan lebih banyak sayuran dan buah-buahan. Ha.. ni dah berapa kali cik su bagi tau.. Sila makan buah dan sayur ye.. Banyak pun tak pe. Penting untuk kesihatan dan kecantikan ye especially gurls. Selain itu, makan makanan yang ada unsur karbohidrat kompleks dan protein. Karbohidrat kompleks dan protein akan membantu fungsi-fungsi dalam badan untuk detox jumlah sodium yang berlebihan.

Elak makan daging bila tengah diet..

1 komentar:

SyAmSuL AnUaR said...

wah..!!! Tips n nasihat yang berguna untuk kesihatan. Mari jage kesihatan. Cegah sebelum kene sakit..

Related Posts with Thumbnails