Luahan Perasaan

Tuesday, March 15, 2011

Luahan Perasaan




Lega rasa nya hari ni dah terlepas dari satu masalah yang sering menganggu fikiran. Haha.. Happy tapi dalam masa yang sama masih lagi geram.  Hari ni aku tulis blog sebab nak luah kan perasaan.. bukan nak bagi info.. Kalau korang tak nak dengar aku berceloteh tak pe.. Korang boleh baca artikel aku yang lain yang boleh bagi info kat korang.. Sorry ye.. aku memang dah tak leh dah nak simpan apa yang aku rasa sekarang.. Lagi aku simpan lagi aku rasa nak meletup.


Pasal seorang makhluk Allah ni.. diciptakan ada akal.. tapi tak reti nak guna. Ada ilmu tapi tak reti nak beramal. Tak reti nak fikir langsung perasaan orang lain. Macam la dia hidup sorang je kat bumi ni. Padahal kat asrama ni, keliling ada orang duduk.. Pasang speaker punya la kuat gila.. Bergegar jantung aku yang masuk ke bilik nie.. Bila panggil nama dia, dia buat dek je. Aku panggil dia tu sebab nak suruh perlahan kan speaker dia tu. Pastu aku pun keluar la suara lantang aku nak bagi dia dengar. Sekali dia kata aku jerit kat dia.. memang la kena jerit.. Dah ko pasang lagu kuat gila,  tak agak2.. Lagu pulak irama rock.. Mane nak dengar suara wanita aku nie.. Haish.. Pelik la dengan manusia yang tak tak reti nak hormat jiran sebelah menyebelah ni.. Kalau la ade yang nak rehat2 kepala lepas study mesti dah ngamuk2 dah. Ko ingat ko sorang je ade speaker, orang lain tak de ke?? Tu lah kalau dah besar tak reti nak jaga diri, belajar tinggi-tinggi pun tak guna beb

Setiap kali aku ngah cakap dengan orang kat telefon, ko nak nyanyi. Ape ko ingat suara ko tu sedap sangat ke.. Kalau time lain aku leh la pekak kan telinga bukak radio kat handphone aku.. Tapi ni aku ngah cakap dengan orang.. Tolong la hormat sikit.. Kalau ko ngah cakap dengan orang, aku buat cam tu ko sakit hati ke tak?? Mesti sakit hati kan.. 




Bila aku cakap ape yang aku tak puas hati dengan ko, ko mula la nak mengungkit segala barang yang ko dah bagi aku pinjam kan.. tak guna ko bagi aku pinjam kalau ko mengungkit weh.. Dah takde pahala kat situ.. Kesian kat ko kan.. Aku turut bersimpati.. Aku tak tahu la plak barang ko tu aku tak leh pinjam.. Sebelum ni aku mintak, ko cakap amek lah.. Tiba2 dah tak leh plak kan.. Bese lah, kalau orang dah tak suka semua nya jadi busuk.. 

Dah ramai orang cerita pasal ko ni kat aku. Tapi selama ni aku buat dek je.. Tapi bila dah kena kat muka sendiri baru lah aku rasa. Betapa tinggi nya langit dan bumi.Walaupun ko berlagak cam budak baik yang tak pernah buat salah, dalam hati ko tu aku dah scan semua.. Kita bukan nya baru kenal beb.. Dah lame kot.. 






Ko ingat aku tak tau ke, ko penah tanya orang lain pasal aku nak pindah bilik ke tak.. Sebab apa ko tak tanye aku sendiri.. Barang ko dah meluak2 sampai dah tak de tempat dah nak letak kan. Sebab tu ko nak sangat aku pindah.. Memang aku nak pindah tapi permohonan aku tu tak diluluskan.. Mak cik kat pejabat tu tak bagi pindah.. 

Ko memang cuba menghalau aku lah nampaknya kan.. Tetapi aku tetap bertahan, bersabar dengan karenah ko yang tak reti nak hormat aku langsung. Sebab tu la ko jadi panas dengan aku dan nak menaikkan kemarahan aku je tiap tiap hari.. 

Ko tanya aku, kenapa aku post kat facebook and tak cakap direct dengan ko kan.. Sekarang ni meh sini aku nak bagi tau ko kenapa.. Sebab ko tu orang yang tak boleh ditegur. Ko rasa diri ko je la yang betul. Tak de orang selain ko je yang betul.. Memang la ko ade segalanya ko nak, ape semua ko nak ko boleh dapat tapi hidup kat asrama ni kalau ko rase nak jadi anak datuk ke tan sri ke baik ko g sewa rumah yang ko sorang je duduk. Tak pun ko g lah duduk dalam hutan. So boleh buat kepala sendiri.. Tak payah fikir hati dan perasaan orang lain yang ada kat sekeliling ko.. Bila masa ko nak bising, buat je bising.. Tak de sape nak marah punya.




Aku seboleh nya tak nak mengungkit ape yang aku dah penah tolong ko, tapi ko memang orang yang tak reti nak kenang jasa orang lain beb. Jadi kat sini aku kena lah jugak ungkit. Masa ko sakit , sape yang lari2 cari orang nak hantar ko g klinik.. Sape yang tolong ko masa ko tak paham ayat bahasa inggeris, sape yang tolong pomen laptop ko mase ko tak tahu ape yang berlaku kat laptop ko..aku jugak la.. Walau aku tengah tidor sekali pun ko akn jerit panggil aku semata-mata nak suh tolong ko. Ko tak pernah kan nak fikir aku nak rehat ke ape..Walau aku masa tu tengah sibuk cam mana sekali pun, letih cam ne pun aku akan tetap tolong sebab aku anggap ko kawan aku..Aku tak pernah wat dek ape yang ko ngadu kat aku. Tapi ko tegar je nak wat dek pastu nak wat muka kerek ko bila aku mintak tolong.  Ko memang tak pernah nak kenang jasa kan.. Pastu nak ungkit2 kat barang ko yang aku dah guna.. Terima kasih kerana bagi aku pinjam. Aku menghargainya. Tapi aku tak pernah lak nak bagi rosak barang ko seperti yang ko tuduh kat aku..


Aku tak pernah suruh ko pindah, tapi nak buat cam ne.. ko yang nak pindah.. Ko memang tak boleh nak hidup dengan masyarakat yang biasa cam aku nie kan.. Ko kan anak orang kaya. Aku anak orang biasa je. Selamat Berjaya aku ucapkan kat aku. Terima kasih sebab berpindah. Lepas ni dah tak de lah masalah lagi dalam bilik ni, dan aku boleh hidup dengan aman dan damai..


6 komentar:

tengkorakemas said...

Org mcm tu memang wujud di mana2 sahaja terutama yg melibatkan perkongsian seperti di hostel

eday said...

wow..grang jgak yer cik su ni..same2 la tego kalo ak de wt silap gak ek..hehe.._hidir clsmate ko..:P

Solihin Zubir said...

fuh.. marah benor ye cik su..
sabo2..

pelik kan dgn org yg selfish dan x amek peduli keadaan sekeliling.. fikir diri sindri je...


geramm..

Cik Su Life Cycle said...

TE.. btol tu
Eday.. kalau ko nak tego aku, ok je..

wadud@duad said...

biasala..
nama pon kawan..
mula sekepala..
pastu xngam terus... :)
banyakkan bersabar jela ea ciksu..

Fuuyooh said...

salam kenal.. saba ye.. orang mcam tu memang takde akal.

Related Posts with Thumbnails