BerSauna: Cara Mudah Buang Toksin

Thursday, September 2, 2010

BerSauna: Cara Mudah Buang Toksin



Hai u alls..ape kaba. Hari ini Cik Su nak berkongsi cara mudah untuk membuang toksin dalam badan. Ada banyak cara untuk membuang toksin tapi hari ini Cik Su akan bagi tau korang pasal sauna je dulu. Yang lain tu next entry Cik Su akan letak owkeh.. Ramai yang remaja terutama remaja perempuan sangat risau dengan kesihatan dan berat badan yang ideal cuba mencari pelbagai cara untuk mencapai matlamat masing-masing. Antaranya dengan mengunjungi spa yang menyediakan sauna. Tapi sejauh manakah sauna boleh memberi manfaat untuk kita?


Tahukah Korang?
15-20 minit korang bersauna sama la jugak 1-2 jam korang jalan laju-laju/lari anak
Jadi buat ape menyusahkan diri kalau ade cara lebih senang kan...hermm
Antara manfaat sauna yang kita perolehidari sauna ni ialah


1. Membuang toksin (detox).Toksin dibuang melalui kulit badan melalui peluh. So dengan peningkatan metabolisma badan di sauna, lebih banyak toksin dapat dibuang. Bila lepas je wat sauna kita akan pening. Maksudnya, toksin dalam badan kita dalam proses untuk dibuang. Lagi banyak toksin dalam badan, lagi pening la korang akan rasa. So jangan makan ubat kalau da pening ok..sebab kamu bukan sakit. Tidur adalah penawar yang terbaik untuk pening selepas sauna. Lepas toksin dah dibuang, korang juga dapat la hidup sihat sejahtera.


2. Membakar kalori (kurangkan berat badan). Dengan hanya duduk di sauna, metabolisma badan akan meningkat sehingga 50%. Secara tak langsung, sauna dapat membakar lemak di dalam badan kita. Jadi, korang yang selalu buat sauna ni berpontensi untuk mengurangkan berat badan. So cik su suggestkan korang minum air banyak-banyak sebelum korang buat sauna. Dengan cara ini, dapat membantu lagi mempercepatkan proses korang untuk slim. (air mebantu proses pencernaan di dalam badan)


3. Mengurangkan jerawat dan masalah kulit. Korang yang menderita jerawat, luka iritasi kulit atau boleh mendapatkan keuntungan dari sesi bersauna ni. Sauna juga biasa meninggikan degupan jantung dan metabolisme akan meningkatkan aliran darah ke kulit. Lebih banyak darah ke kulit bererti lebih banyak bekalan nutrien dan oksigen ke kulit. Ini terbukti berkesan. Korang yang banyak jerawat tu leh la try buat sauna. Bukan ape. Dari korang membazirkan duit g beli produk mahal-mahal tu lebih baik la korang cuci yang dalam tu dulu sebab jerawat adalah disebabkan toksin.. aLA yang cam awal-awal cik su cakap tu...sauna kan membuang toksin

4. Sauna juga dapat meningkatkan sistem immunisasi badan dengan meningkatnya suhu tubuh. Jadi, sistem kekebalan tubuh kita menghasilkan lebih memerangi penyakit sel. Reaksi ini secara tidak langsung meningkatkan sistem pertahanan badan korang .

5. Selain membuang toksin, masa antara 15-20 min berada di dalam sauna dapat membuang sisa kimai yang tidak diperlukan badan dan mengurangkan tekanan secara tak langsung. Korang juga boleh dapatkan terapi haba, seperti mandi dengan air suam. Korang akan rasa sangat tenang dan relaks lepas buat sauna ni. Semasa buat sauna, kita jugak boleh letak haruman seperti lavender atau herba-herba atau skrub. Jadi secara tak sengaja korang dah memanje kan tubuh korang...Dan korang nak tahu tak..salah satu petua kecantikan adalah memanjekan tubuh dengan terapi. Surely muka korang lepas wat sauna akan bersinar2 macam pengantin baru. Tak percaya. Cubalah






5 komentar:

umie chan said...

gud2....
huhuhu

~fisha~ said...

oh!! tak penah dgr pun sauna ni.. cam best en.. tapi knape jg pening ye?

Cik Su said...

sebab proses pengeluaran toksin dalam badan... semakin banyak toksin semakin pening la fisha akan ras lepas sauna... tapi lame kelamaan pening akan berkurangan sebab toksin semakin berkurangan...cubalah..best taw bersauna..rase segar jer..

che fara said...

bestnya kalau bole buat sauna..dah lama teringin..tapi tak sure kata mana best dan berpatutan.bole suggest?

Cik Su said...

hai che fara, cik su tak pasti kat tempat che fara ada ke tak sauna yang harga berpatutan..sauna selalunya ada kat spa..kalau g spa che fara boleh pilih pakej2 yang disediakan.. tak pon che fara boleh beli sendiri alat untuk wat sauna(gambar yang paling atas), harga nya kalau tak silap dalam 500 tapi che fara boleh wat sendiri bape kali yang che fara suke...kalau rase mahal sgt boleh wat business guna alat sauna tu..skali orang pakai boleh cas RM 10 ke..so leh tampung blek harga alat tu smbil boleh wat sauna sendiri tiap2 hari....untung kan

Related Posts with Thumbnails