7 Cara Didik Anak Secara Psikologi

Friday, July 16, 2010

7 Cara Didik Anak Secara Psikologi




Mendidik anak bukan lah sesuatu yang mudah untuk dipraktikkan dalam kehidupan berkeluarga. Samada baru berkahwin atau telah lama berkahwin, setiap pasangan menghadapi masalah untuk mendidik anak-anak supaya mentaati perintah mereka. Jika dahulunya mendidik anak lebih mudah dengan cara menghukum, namun cara tersebut tidak lagi berkesan kepada anak-anak zaman 2020 yang suka memberontak dan bertindak untuk memprotes perkara yang mereka tidak gemari. Oleh itu pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tujuh panduan untuk mendidik anak-anak zaman sekarang dengan cara yang betul supaya mereka tidak lagi memprotes apabila disuruh membuat sesuatu malah melakukannya sendiri dengan rela hati. Walaupun masih belum berkahwin, saya juga mempunyai pengalaman dengan kanak-kanak untuk dipraktikkan bersama. Mari kita lihat 7 panduan tersebut:
1. Ajar dengan Kasih Sayang Bukan Perintah
   Dengan menggunakan ayat penyata untuk menyuruh anak-anak melakukan sesuatu anak-anak tidak akan berasa ianya seperti objek perintah. Kanak-kanak akan merasakan diri mereka diperhatikan dan rasa seperti disayangi. Dengan cara ini, mereka akan lebih bertanggungjawab dengan diri mereka dan barang-barang milik mereka dan secara automatik akan menjaga barang mereka. Sebagai contoh ayat penyata ialah `Jangan letak buku itu sebarangan` boleh diganti dengan `Buku itu tempat nya di atas rak buku`
2. Jelaskan peraturan kepada mereka
    Gunakan kata seperti `Lebih baik adik letakkan mainan itu kembali ke tempatnya agar tidak rosak` sebagai ganti kepada `Letakkan kembali mainan itu di tempatnya!!!`. Perkataan yang seperti mengarah dan kasar hanya akan membuatkan kanak-kanak sukar untuk mengikut apa yang disuruh dan mula memprotes. Ini pastinya akan menambahkan tekanan yang anda hadapi untuk membesarkan kanak-kanak tersebut.Sekiranya mereka menolak, ajak mereka melakukan perkara yang diperintah bersama-sama seperti `Mari kita mengutip mainan ini bersam-sama`. 

3. Jangan menghukum kanak-kanak dengan kata-kata yang berkaitan dengan peribadinya
    Jika mereka melakukan kesalahan, beri peringatan kepada mereka tentang akibat yang akan mereka hadapi dan jangan mengherdik atau mengeluarkan perkataan yang kesat yang berkaitan dengan peribadi mereka seperti bodoh, jahat, malas dan sebagainya. Perkataan yang boleh digunakan misalnya, `Perbuatan itu tidak benar` dan jangan katakan `Apa yang kamu lakukan ini. Kamu ini bodoh`. Perkataan yang mengherdik dan menghina ini akan melukakan hati mereka dan menyebabkan rasa rendah diri dan jauh dari anda. 

4. Hargai keinginan anak anda
    Apabila anda akan membawa mereka pergi membeli belah katakan kepada mereka yang mereka hanya boleh memilih satu sahaja mainan yang mereka akan lihat di pasar raya. Misalnya ` Adik hanya boleh pilih satu sahaja mainan yang lain kita beli hari lain ok.` Buat perjanjian dengan mereka sebelum ke pusat beli belah agar mereka menurut kata-kata anda nanti dan tidak mengamuk di tengah orang ramai apabila kehendak mereka tidak dituruti.

5. Fahami anak anda 
    Ketahui sama ada mereka mempunyai masalah atau tidak. Perhatikan gerak geri, ekspresi muka atau tindakan mereka. Seorang ibu atau bapa yang baik akan mengetahui anak mereka mempunyai maslah atau tidak tanpa diberitahu. Jangan lupa untuk meluangkan sedikit masa untuk berbual dengan mereka supaya tiada jurang antara ibu bapa dan anak-anak. Ini akan memudahkan mereka menceritakan masalah mereka kepada anda. Beri peluang kepada mereka mengemukan pendapat dan bercakap mengenai sesuatu dan berilah perhatian kepada apa yang dicakapkan oleh mereka. Kadang-kadang kanak-kanak ini dapat melihat apa yang kita sendiri orang dewasa tidak dapat  menginterpretasikan sesuatu perkara. Dengarlah dengan teliti dan perbetulkan pendapat mereka yang anda rasa salah dan menyimpang dari segi agama. Tanamkan rasa benci terhadap perkara yang buruk dan rasa suka terhadap perkara yang elok. Pada peringkat kanak-kanak adalah masa yang sesuai untuk mempengaruhi pemikiran mereka.

6. Elakkan memberi ancaman kepada mereka 
    Anak-anak akan cuba memberi alasan untuk memprotes jika mereka diberi ancaman. Sebagai contohnya, `Mama akan membeli mainan sekiranya adik mengemas bilik tidur sehingga bersih` Dengan arahan seperti ini anak anda akan menurut perintah anda kerana mahukan permainan sahaja. Cara yang betul untuk menyuruh mereka mengemas bilik ialah dengan memujuk dan mengajak dia mengemas bersama-sama di samping mengajar dia cara mengemas dengan betul. 

7. Jadikan pujian sebagai pemberi semangat
    Berikan sedikit pujian ataupun tanda penghargaan setelah dia melakukan suruhan anda atau meyiapkan tugsan yang anda berikan. Dengan secara tidak langsung dia akan bersemangat untuk melakukannya di kemudian hari dengan sendiri tanpa disuruh atau dipaksa lagi. Memang menjadi fitrah seorang manusia yang suka dihargai termasuklah kanak-kanak yang sedang membesar. Ada juga ibu bapa yang memberikan hadiah kepada anak-anak mereka untuk memberi motivasi kepada anak-anak mereka mengulangi kejayaan mereka. Terpulang kepada anda untuk memilih cara untuk menunjukkan tanda penghargaan tetapi igt jangan terlalu memanjakan dia dengan hadiah kerana ini hanya akan merosakkan dir mereka semata-mata. 

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails