13hb yang lepas cik su baru je konvo. Lega rasanya lepas dah konvo ni.. maklum la kan, banyak cerita di sebalik segulung ijazah ni sebenarnya.. Hanya kawan2 yang rapat dan memahami saja yang tahu cam ne susah nya nak buat degree ni.. Nasib baik la ade penasihat akademik dan lecturer2 yang sudi memahami dan menolong..Kawan2 yang banyak bagi keje sama.. sudi ngajar. Dan paling penting my beloved one.. Tq honey. You such a sweet guy.. Im lucky to have..
Haha.. asyieh.. jiwang la plak.
Tapi agak penat gak la konvo kali ni.. Maklum la orang dah dalam alam kerja ni, jumaat baru dapat cuti.. Jadi ambik jubah konvo pun kelam kabut la sebab hari jumaat tu dah last ambik jubah.. Tuhan je la tau cam ne penat nya dari KL ke JB.. Pastu kat JB plak asyik je sesat.. Nampak tak betapa baik nya cik su ni.. Hehe.. Mase belajar dulu memang jarang kuar pun. Sebab tu asyik je sesat.. perjalanan 10 minit boleh jadi 1 jam setengah.. Haha.. Lain kali p JB kena pakai GPS la lagu nie.. Habis duit untuk minyak ja..
Malam 12hb tu kira malam bersejarah la jugak. Cik su terima anugerah dekan dari fakulti.. Best.. Dapat medal.. Cam menang olahraga plak. Of kos sesi bergambar pun mesti la ade..
![]() |
| Sila abaikan kegemukkan yang melanda. Fokus kat medal sahaja |
Malam anugerah ni, makan biasa biasa je.. makan kuih dengan roti sorai.. ,makan buah.. hehe memang diet sungguh la.. Tapi memang dah tak selera dah nak makan masa tu.. dah dapat medal, selara nak tangkap gambar sahaja..
13hb baru la konvo, hari bersejarah yang sebenarnya.. Hehe..Memang tak disangka-sangka.. Cik Su pun tak tau hal nie.. Sebab cik su tak de di maklumkan ape2, tak dapat surat dari fakulti atau UTM pun.. Alhamdulillah, Dalam ramai2 student yang dah dicalonkan, cik su yang terpilih ambik anugerah ni.. YEAH!!.. sukenya..
Lepas ni , kita mintak kerja kat MALAKOFF plak.. Harap la jadi.. Tolong doa kan ye..











